Posted on 2008 under Bicara Hati, Penipu |
29
Jun
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Aku memang tak percaya dengan kejutan fitnah terhadap Mantan Perdana Menteri ni. Sejak peristiwa 1998 lagi, kes melibatkan dia meliwat ni tak dapat terima dek akal aku ni.
Anda percaya?!
Aku pernah mendengar ucapan Anwar Ibrahim lepas dituduh sebagai peliwat dulu. Aku dengar dia bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak terlibat.
Ehmm, lepas ni ada lagi la jawatan tukang usung tilam naik turun mahkamah. Fitnah ni memang satu tuduhan yang tak berasas dan tak bertanggungjawab!
Semoga Allah memberi pengajaran buat mereka yang sengaja mereka cipta perkara!
Lagi berita pasal fitnah ni
Fitnah 1
Fitnah 2
Fitnah 2
Posted on 2008 under Geram |
22
Jun
Harga minyak naik lagi!!!
Geram?!
Marah?
Tak puas hati?
Jom kita sama-sama lepaskan rasa geram tu dengan cara yang bijak. Tak guna geram-geram dari belakang. Klik pada banner di bawah untuk keterangan lanjut.

Posted on 2008 under Bicara Hati, Geram, politik |
15
Jun

“Waaargggggghhhhh!” Maka menangislah si anak kecil sambil membentak-bentak kakinya.
Dengan nada yang lemah-lembut, si bapa cuba memujuk anaknya sambil menunjukkan beberapa biji gula-gula, “janganlah menangis sayang. Nah, ambik gula-gula. Abah ada gula-gula. Nak tak?
Tak lama kemudian, anak kecil tu pun berhenti menangis..
Semalam bermulalah perberian rebet minyak oleh kerajaan kepada rakyat. Pada aku, pemberian rebet ni macam seorang bapa nak pujuk anaknya kecilnya yang sedang menangis.
Mungkin cara tu jugalah yang digunakan oleh kepimpinan sekarang nak pujuk rakyat supaya tak turun berdemontrasi. Pak Lah memang dah tau, dengan kenaikan minyak yang mendadak seperti ini, rakyat akan marah dan turun ke jalanraya untuk membuat bantahan.Jadi, pendekatan yang diambil untuk meredakan kemarahan rakyat, diberilah gula-gula macam ni. Berkatalah Pak Lah kepada rakyat, ” jangan berdemontrasi ya. Nah, ambik gula-gula (rebet) ni. Pastu pi main jauh-jauh.”
Apa? Dia fikir rakyat boleh digula-gulakan dengan mudah macam tu ker? Silaplaa..!
Apapun, siapa yang layak tuntut, pergilah ambik. Tapi, 5 Julai ni jangan lupa turun ramai-ramai. Kita buat kejutan terbesar dalam sejarah negara.
Harus diingat, isu sekarang bukan isu politik dalam konteks UMNO, PAS, PKR dan DAP sahaja. Tapi ini melibatkan penderitaan keseluruhan rakyat. Tak kira apa jua fahaman politik.
Posted on 2008 under Bicara Hati, Geram, politik |
12
Jun
Assalamualaikum dan salam sejahtera
2 malam yang lepas aku berkesempatan menonton debat terbuka tentang isu kenaikan harga minyak antara Ketua Pemuda PAS dan Al-Menteri Shahrir Samad. Rata-rata kawan-kawan yang aku jumpa, semuanya menyatakan tak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh Al-Menteri Shahrir Samad berhubung rasional kenaikan bahan bakar.
Salah seorang penal malam tu membangkitkan, jika Pakatan Rakyat memerintah hari ni, esok harga minyak diturunkan kepada harga yang munasabah. Tapi, Si Shahrir ni dengan gayanya menyanggah dan dia mengatakan harga minyak tak boleh diturunkan!
Aku tengok dia cakap macam tu pun tak puas hati. Macam ni lah, kalau BN tak mampu nak turunkan harga minyak, lebih baik BN je yang turun dari tahta pemerintahan. Bagi Pakatan Rakyat je yang perintah. Ni tidak, bagi alasan yang macam-macam! Rakyat bukan nak dengar alasan camtu, rakyat nak penyelesaian!Dah tak reti nak buat, letak jawatan, bagi peluang orang lain yang mampu melakukannya.
Kat bawah ni adalah antara petikan yang dinyatakan oleh salah seorang Exco Kerajaan Kelantan iaitu Dato’ Husam Musa, bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat mampu turunkan harga minyak jika diberi peluang.
Jika Kerajaan BN tumbang, bolehkah harga minyak diturunkan semula??
Saya penuh yakin kita boleh menurunkannya sekali pun harga minyak dunia terus meningkat.
Satu dari strategi mudah dan praktikal ialah meluaskan penggunaan gas, baik LPG atau NGV untuk domestik, termasuk untuk kenderaan.
Bila lebih banyak gas digunakan, kita kurang menggunakan minyak. Lebih banyak pula minyak kita dapat di eksport dan kita mendapat lebih banyak wang. Wang minyak itu kita gunakan untuk mengekalkan harga minyak tempatan dan kita sendiri menggunakan lebih gas dari minyak.
Sebagai ‘net exporter’ minyak dan gas, Malaysia mendapat keuntungan yang banyak dari kenaikan harga minyak dari hasil penjualan lebihan hasil petroleum Negara.
Jika dicampurkan pengeluaran gas dan minyak negara jumlah keseluruhannya melebihi 1.7 juta tong sehari. Namun penggunaan Negara termasuk gas asli adalah kurang dari 1 juta tong sehari. Oleh itu subsidi yang diberikan masih boleh ditanggung oleh kerajaan.
Kenaikan harga minyak adalah kerana kegagalan pihak kerajaan BN merancang dan melaksana polisi tenaga Negara yang berkesan. Tidak ada satu forum untuk pakar-pakar terlibat sama merancang dasar tenaga negara kerana National Petroleum Advisory Council (NPAC) yang diwujudkan bersama lahirnya Petronas dulu mungkin telah menjadi arwah.
Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ialah menurunkan harga minyak petrol dan disel dan seterusnya memperkembangkan penggunaan NGV dan gas asli untuk industri dalam tempoh tiga tahun bermula dari sekarang. Rakyat yang perlu berjimat boleh menggunakan NGV yang lebih murah dan mudah diperolehi dan rakyat yang berkemampuan boleh terus menggunakan bahan petrol yang lebih mahal.
Mari kita lihat kecacatan dasar tenaga kita sekarang.
NGV
Penggunaan bahan petroleum Negara ialah kira-kira 590,000 tong sehari.
Pengunaan bahan petroleum pasti dapat dikurangkan dengan bertambahnya penggunaan gas seperti NGV (natural gas for vehicle) yang tentunya lebih murah. Kerajaan dengan itu dapat kurangkan kos subsidi minyak tanpa perlu naikkan harga minyak.
Sumber gas asli kita begitu kaya.
Malaysia adalah antara negara yang terbaik di rantau Asia dalam mempunyai rangkaian saluran paip gas asli - PGU. (Peninsula Gas Utilisation) Malang, penggunaan gas asli hanya tertumpu kepada stesen janakuasa dan industri tertentu sahaja. Rangkaian saluran gas PGU yang telah merangkumi semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan, tidak digunakan sepenuhnya.
Setakat ini, Petronas hanya memiliki kurang dari 40 stesen NGV dalam negara. Jumlah ini tidak sampai 5% stesen yang dimiliki Petronas. Memandangkan hanya Petronas yang berhak membangunkan stesen NGV maka nyatalah Petronas tidak menumpukan usaha sepenuhnya ke arah meluaskan lagi kegunaan bahan bakar ini. Banyak industri yang perlukan bekalan gas asli dari system PGU untuk operasi mereka, gagal memperolehinya.
Dengan sumber gas asli yang begini banyak, rakyat negara ini sepatutnya sudah dapat merasakan faedah dan nikmat. Ia tidak berlaku kerana kurang perancangan dan visi.
Nyata benar lemahnya kerajaan pimpinan Abdullah. Negara kita tidak kekurangan sumber tetapi kekurangan kesungguhan dan kebijaksanaan.
Petronas yang telah gagal melaksanakan program NGV seharusnya tidak lagi terlibat dalam ‘sales and distribution’ untuk NGV dan gas asli. (buat masa ini pun penjualan gas asli kepada industi dilaksanakan oleh Gas Malaysia.)
Sebaliknya, Petronas seharusnya bertindak sebagai pembekal pukal dan memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan rakyat.
LNG (Liquified Natural Gas)
Apa yang dilakukan oleh Petronas untuk sumber gas asli ini ialah dengan mengeksport LNG (gas asli cecair).
Penjualan LNG adalan sebanyak 22 juta tan setahun. Ini bersamaan dengan hampir 500,000 tong sehari minyak mentah iaitu hampir memenuhi keperluan bahan petroleum negara.
Penjualan LNG memerlukan kos memproses dan penghantaran yang tinggi. Oleh itu keuntungan menjual LNG adalah kurang berbanding minyak mentah. Seharusnya Petronas mengalakkan pengunaan gas dalam Negara yang akan membolehkan Petronas mengekspot minyak mentah yang lebih menguntungkan.
Pada masa ini Petronas membelanjakan lebih US$ 0.5 billion setahun untuk pengangkutan LNG ke destinasi pembeli. Untuk tempoh 20 tahun (jangkamasa perjanjian penjualan) kos ini adalah sebanyak US$10 billion. Wang sebanyak ini bukankah lebih baik di gunakan untu membina saluran paip gas di antara Sabah, Sarawak (tempat sumber) dan Semenanjung bagi membolehkan sumber gas asli ini disalurkan ke seluruh Negara?
Oleh itu kontrak penjualan LNG harus dikaji semula dan tumpuan harus di berikan dalam mengalakkan pengunaan gas asli untuk kenderaan dan industri di seluruh negara.
Pakatan Rakyat tak boleh laksanakan langkah semudah ini? Tentu boleh.
Kita masih ada pilihan antara dasar semborono yang menyusahkan semua pihak dengan dasar yang lebih menguntungkan kita: antara BN dan PR.
Dipetik dari blog Dato’ Husam Musa cetusan-hati.blogspot.com
Klik di sini untuk artikel yang sebenar.
Posted on 2008 under Terima Kasih, percuma, syukur |
8
Jun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yahoooo! Aku dapat potret percuma. Hensem tak gambar aku?hohoho 
Gambar ni aku dapat percuma bila daftar nama dan email kat web wanwma.com. Kalau anda nak potret percuma ni, sila daftar nama dan email anda kat sini!
Aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Wanwma. Sebab sudi pilih aku sebagai orang yang bertuah menerima potret percuma ni.

Posted on 2008 under Uncategorized |
7
Jun
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni tak de apa nak cakap. Masih lagi sedih, duk fikir kehidupan yang makin terdesak ni. Oleh kerana dah ramai ulas pasal harga minyak ni, hari ni aku post gambar jelah untuk tatapan. Orang kata, gambar boleh bawa seribu makna….
Kat sini pun ada gak yang buat ulasan tentang harga minyak ni..


Posted on 2008 under Bicara Hati, Geram, Santai, politik |
6
Jun
Hari ni tah berapa hari berapa Pak Lah jadi PM kami,
Memang dari dulu kami sokong sampai lani,
Tapi hari ni, buka mata, senak perut anak bini,
Dengaq Pak Lah umum harga minyak naik lagi!
Memang kami tak tau pasai ekonomi,
Yang tau semua Pak Lah dengan kroni,
Tapi sampai bila nak jadi camni,
Dapat gaji habis tak berbaki.
Pak Lah kata tak boleh buat apa,
Ni semua ekonomi dunia,
Kalau tak naik nanti dunia kata apa,
Habis tu yang rakyat menderita, tak pa ka?
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat,
Konon Pak Lah nak keja sama-sama rakyat,
La ni nampak macam nak telan kederat,
Dok nampak kami yang nak melarat!
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat,
Konon tak mau tengok rakyat hidup melarat,
Tapi kalau macam ni punya sarat,
Darah rakyat pun boleh sejat.
Pak Lah kata rakyat manja subsidi,
Konon asyik kerajaan saja dok bagi,
Sapa kata rakyat tak pernah bagi,
Yang pangkah 5 tahun sekali tu sapa bagi???
Tiap kali naik harga, dok banding sini-sana,
Cuba tengok kat Singapore lagu mahal dari kita,
Apa jenis Pak Lah buat kira bicara,
Kenapa tak ikut Brunei punya harga?
Brunei kita tak boleh kira,
Minyak depa berlambak tak terkira,
Kenapa, minyak Malaysia takde harga ka?
Kalau tak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa.
Ada Petronas pun tak boleh buat apa,
Ada duit sikit, dah nak mengada,
Pi buat menara pagoda kembar dua,
Nak tunjuk kat dunia kami la kaya.
Petronas kata kami tak boleh buat apa,
Kerajaan yang buat kira bicara,
Kami ikut apa kerajaan kata,
Royalti jadi ehsan pun kami tak boleh kata apa.
Hari ni harga petrol naik lagi,
Tunggu pulak apa cerita esok pagi,
Habis semua ikan, sayur, tepung dan cili,
Harga pun dia naik sekali.
Nanti ada la menteri dok cakap,
Sapa naik harga dia nak pi tangkap,
Sampai bila dia ni nak ubah sikap,
Ingat orang nak heran sangat dia punya cakap.
Pak Lah kena fikir nasib kami,
Kais pagi makan pagi,
Anak kecik pun dok ada lagi,
Boleh ke kami nak hidup camni?
Jangan dok ingat kami macam Pak Lah,
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah,
Ada anak dan menantu buat bisnes tak pernah rebah,
Dapat tender pun tak payah susah-susah.
Kami rakyat bukan macam tu,
Sekarang ni pun dah ada nak makan ubi kayu,
Sedih sungguh ohhhhhhh negara ku,
Tak kan nak hidup macam zaman batu?
Dah sampai masa Pak Lah mau ingat,
Selesai masalah rakyat dengan cepat,
Bila rakyat dah naik meluat,
Demontrasi jalanraya kami nak buat!
Cukuplah sampai di sini,
Hati sakit dah tak terperi,
Memang Parti Barang Naik depa ni,
Ada sapa-sapa nak Barang Naik undi la depa lagi….!
Pak Lah,
Sudahlah…
Cukuplah….
Undurlah…..
BLAH LAH!!!!!!!!!!!!!

Posted on 2008 under Bicara Hati, Geram |
5
Jun
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pertama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada pengunjung blog ni yang pro-BN. Post aku kali ni mungkin agak emosional.Tapi, ni sahaja ruang yang aku ada nak melepaskan kemarahan yang tengah meluap-luap ni. Tak kan aku nak pergi berhujah depan Pak Lah kot? Sapalah aku?!
Ni semua gara-gara keputusan kerajaan Pak Lah yang menaikkan harga petrol dan diesel secara keterlaluan. Mungkin inilah hadiah paling istimewa BN kepada rakyat yang terus memberi sokongan untuk membentuk kerajaan selepas 8 Mac. Terima kasih Pak Lah, terima kasih Najib,terima kasih Shahrir Samad. Terima kasih kerana menghumbankan rakyat kelembah kesusahan.
Sakit hati bila Shahrir Samad kata tak ada kesan limpahan terhadap kenaikan harga minyak ni. Hei, tak sekolah ke Menteri tu? Yaa, memang kerajaan dok bagi lagi subsidi kat tepung, beras dan lain-lain keperluan. Tapi, tak sedar ker semua barang-barang ni nak kena angkut guna lori, kereta, motor? Ok, dia kata syarikat pengangkutan (lori dan bas) akan terus menikmati subsidi. Jadi, dia kata tak ada sebab harga barang perlu naik. Geramnyer aku dengar jawapan bodoh macam ni! Betul la, habis tu macammana Mak Cik Limah yang jual nasi lemak tepi jalan? Karim jual jual burger? Tidakkah Mak Cik Limah dan Karim ni nak pergi beli bahan mentah guna kereta? Boleh ke orang seperti ni tahan dengan kos pengeluaransedangkan harga jualan tak naik?
Oooo…Pak Lah kata nak bagi rebet RM625 untuk kereta dan RM 150 untuk motor. Bagusnya niat nak bagi rebet! Sementara nak dapat rebet tu, sempat la kurus kering dulu rakyat jelata. Nak banding rebet dengan kenaikan minyak ni, memang ia tidak akan memberi kesan yang ketara. Terutama bagi mereka yang terpaksa selalu menggunakan kereta untuk ke tempat kerja.
Lagi satu yang kelakar. Pak Lah kata nak bagi rebet RM 150 untuk motorsikal. Ehmmm, satu lagi langkah nak menjahanamkan rakyat. Cuba kita sama-sama fikirkan ni… Rebet tu akan dapat setiap kali nak renew roadtax. Habis tu, orang kampung, orang felda pulak camner? Tak tau ke, orang kampung atau orang felda guna motor untuk ke kebun atau ladang dengan motor yang tiada roadtax dan insurans? Dah, setakat motor kapcai Honda 70cc nak relai, takkan nak ada roadtax gak? Pada hal nak bawak ke ladang je pun! Habis tu, camner orang kampung nak claim untuk rebet nanti? Confirm motor yang nak bawak
ke kebun tu tak ada roadtax. Bukan setakat setahun dua dah tak ada roadtax, dah bertahun-tahun. Haiyooooo, tak fikir langsung!
Tahniahlah Pak Lah atas keputusan ni. Pada pandangan aku, dia dah boleh berkemas untuk tinggalkan kerusi empuk Putera Jaya. Sebab sekarang ni, angin sedang bertiup kencang untuk diadakan protes besar-besaran. Jangan lupa, sekarang Pakatan Rakyat dah ada 5 buah negeri. Kali ni, Pak Lah memang cari nahas. Anda bolehbaca cerita tersebut di sini :
PM AMBIL RISIKO
Minyak naik darah pun naik, tapi awas……..
Kenaikan harga minyak, hadiah kerajaan ‘PM terlampau’
Kenyataan Dato’ Seri Anwar
Akhir kata….
Pak Lah,
Sudahlah..
Cukuplah…
BLAH LAH!

Posted on 2008 under Buat Duit, Keusahawanan, affiliate, ebook |
3
Jun

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak nak buat laman web, mesti banyak perkara yang nak kena tahu. Contohnya :
Bagaimanakah laman web itu dibina…?
Saya ingin memiliki laman web sendiri. Tapi bolehkah saya membina laman web sendiri yang menarik..?
Apakah perisian-perisian yang senang dan sesuai digunakan untuk membina laman web sendiri..?
Di manakah laman web itu diletakkan supaya semua orang yang melayari internet boleh melihat laman web yang saya hasilkan..
Apakah yang dimasukkan dengan domain name.? Di manakah saya boleh mendapatkan nama domain kesukaan saya..?
Bagaimanakah caranya untuk saya menghantar laman web yang telah siap dibina ke Internet .?
Berapakah kos yang perlu saya tanggung untuk memiliki tapak web dan nama domain sendiri..?
Dengan jumlah laman web yang berjuta-juta di Internet, bagaimana orang ramai boleh mengetahui kewujudan laman web saya?
Kini, semua persoalan itu ada jawapannya apabila salah seorang sahabat aku dalam alam siber ni telah berjaya menghasilkan sebuah ebook tentang membina website. Aku dah baca ebook yang dihasilkan itu. Dengan muka surat 180 lebih, hati aku terdetik, ” wow, lengkapnya! Padat dengan maklumat yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang baru belajar bina website.
Bukan sekadar ebook, bantuan atau support jugak disediakan. Memang tak rugi! Dapat segera! Jangan berlengah lagi. Mulakan langkah pertama anda hari ini jugak.. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
